Promosi dan penerbitan Plants vs. Zombies (permainan video)

Pada 1 April 2009, PopCap mengeluarkan video muzik "Zombies on Your Lawn" untuk mempromosikan Plants vs. Zombies .[29][30] Walaupun ramai pemain PC tidak pasti sama ada video itu adalah jenaka Hari April Fools yang terperinci,[18][31] jurucakap PopCap Garth Chouteau mendedahkan dalam temu bual IGN bahawa permainan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi untuk PC dan Mac.[32] Pada 22 April 2009, PopCap mengeluarkan treler permainan rasmi Plants vs. Zombies di YouTube.[33][34] PopCap Games mengeluarkan versi demo pada 4 Mei 2009, membenarkan bermain selama tiga puluh minit.[35] Plants vs. Zombies telah diterbitkan secara rasmi untuk PC dan Mac pada 5 Mei 2009,[18][36] Versi Adobe Flash percuma untuk Plants vs. Zombies diterbitkan pada 23 September 2009,[37] dengan demo digantikan dengan versi di mana pemain boleh bermain sehingga pusingan empat peringkat tiga (pusingan 3-4).[38]

Edisi Game of the Year telah diterbitkan pada 11 Julai 2010.[39] Versi tersebut disediakan di Steam pada 11 Ogos 2010;[40] sesiapa sahaja yang telah membeli permainan itu boleh mengemas kini kepada edisi baharu tersebut secara percuma.[41] Edisi Game of the Year menambah ciri "Zombatar" yang membolehkan pemain menyesuaikan wajah zombi.[lower-alpha 2] Edisi ini juga menyokong Steam Cloud, yang membolehkan pemain mengakses data simpanan permainan daripada mana-mana komputer.[40]

Versi telefon bimbit

Semasa pengumuman untuk Plants vs. Zombies, PopCap Games mendedahkan permainan itu akan dialihkan ke platform lain selepas penerbitan PC.[32][33] Pada Ogos 2009, telah diumumkan di IGN bahawa Plants vs. Zombies akan dialihkan ke iPhone pada penghujung tahun 2009.[42] Mereka mengumumkan tarikh keluaran pengalihan tersebut dalam treler di YouTube pada Februari 2010,[43] menerbitkannya secara rasmi pada 15 Februari 2010.[44][45][46] Pengalihan tersebut disertakan dengan antara muka yang diubah suai untuk pengguna iPhone dan mod Quick Play yang membolehkan pemain memainkan mana-mana peringkat dalam mod pengembaraan; pengalihan tersebut telah menggugurkan mod permainan mini, teka-teki dan Survival.[31][47]

Pada Mac 2010, sebuah blog teknologi bernama PadGadget secara tidak sengaja menemui entri awam untuk pengalihan permainan iPhone ke iPad, Plants vs. Zombies merupakan salah satu antaranya.[48][49] Pengalihan iPad permainan tersebut, dinamakan Plants vs. Zombies HD, telah diterbitkan pada 5 April 2010.[50] Pengalihan tersebut menggunakan 11 penderia sentuhan iPad[51] dan memasukkan semula mod Survival dan mod permainan mini.[52] Pengalihan iPad tersebut juga menerima permainan mini yang tersendiri yang dipanggil "Buttered Popcorn".[53][54] Kemas kini iOS seterusnya akan menambah lebih banyak kandungan pada versi Plants vs. Zombies tersebut, termasuk Zen Garden, permainan mini tambahan dan pencapaian tambahan.[55][56]

Pada Mei 2011, PopCap Games secara rasmi mengumumkan bahawa Chuzzle akan disediakan di Amazon Appstore untuk peranti Android dalam masa dua minggu akan datang, dengan Plants vs. Zombies disediakan pada akhir bulan itu. Kedua-duanya percuma pada hari pelancaran dan dikenakan harga $2.99 selepas itu.[57] Pada 31 Mei 2011, Plants vs. Zombies disediakan di Amazon Appstore.[58] Pada Disember 2011, PopCap Games mengumumkan ia akan menerbitkan Plants vs. Zombies dan Peggle melalui Android Market.[59] Kedua-dua permainan telah disediakan di Google Play Store pada 15 Disember 2011.[60]

Plants vs. Zombies telah dialihkan ke peranti mudah alih lain. Pada 23 Jun 2011, permainan ini telah diterbitkan pada Windows Phone sebagai sebahagian daripada Xbox Live.[61] Pada 14 November 2011 dan 30 Januari 2013, Plants vs. Zombies telah diterbitkan pada Kindle Fire[62][63] dan Blackberry 10[64][65] masing-masing sebagai aplikasi pelancaran. Plants vs. Zombies kemudiannya diterbitkan pada peranti BlackBerry yang lain, BlackBerry Playbook.[66] Plants vs. Zombies telah diterbitkan pada Nook HD dan Nook HD+ pada 14 November 2012.[67]

Versi konsol

Plants vs. Zombies telah diumumkan untuk Xbox 360 pada Julai 2010[68][69] bertujuan untuk boleh didapatkan dengan sendirinya dan juga sebagai sebahagian daripada pakej bersama Peggle dan Zuma .[68] Permainan ini diterbitkan pada Xbox 360 di Xbox Live pada 8 September 2010.[70] Untuk memudahkan penggunaan dengan pengawal Xbox, kursor telah dikunci pada corak grid rumput dan matahari akan terapung ke arah kursor.[71] Pengalihan ini juga menampilkan mod Versus, mod Co-op dan peringkat baharu dalam mod permainan mini.[69] Mod Versus memadankan dua pemain, seorang bermain sebagai tumbuhan dan seorang bermain sebagai zombi.[72] Matlamat pemain zombi adalah untuk sampai ke rumah, manakala pemain tumbuhan bertujuan untuk membunuh tiga daripada lima zombi sasaran di sebelah kanan halaman.[73] Pengalihan Plants vs. Zombies untuk PlayStation Network untuk PlayStation 3 diumumkan pada 28 Januari 2011,[74] dengan Sony Online Entertainment sebagai penerbitnya[1] dan diterbitkan pada 8 Februari 2011.[75][76]

Pengalihan Plants vs. Zombies untuk konsol Nintendo DS diumumkan pada Ogos 2010.[77][78] Pengalihan ini diterbitkan pada 18 Januari 2011, di Amerika Utara[79] dan pada 6 Mei 2011, di Eropah dan Australia.[80] Pnegalihan itu disertakan dengan ciri Zombatar dan mod Versus daripada versi Xbox Live, serta menambah empat permainan mini eksklusif.[81] Pada 14 Mac 2011, pengalihan untuk DSiWare telah diterbitkan di Amerika Utara. Ia dikeluarkan pada 6 Mei 2011, di Eropah dan Australia.[80][82] Versi DSiWare hanya mengekalkan mod pengembaraan dan mod permainan mini; peringkat permainan mini terdiri daripada peringkat eksklusif daripada versi DS yang asal dan peringkat baharu yang dipanggil "Zombie Trap".[82]

Pengalihan untuk PlayStation Vita diumumkan pada Disember 2011.[83] Versi tersebut diterbitkan pada 21 Februari 2012, di Amerika Utara, dan di Eropah sebagai tajuk pelancaran pada 22 Februari 2012;[84][85] Dengan Sony Online Entertainment berkhidmat sebagai penerbitnya. Pengalihan tersebut membenarkan pemain bermain menggunakan sama ada skrin sentuh atau pengawal konsol. Versi ini juga memperkenalkan ciri menggoncang Vita untuk mengumpul matahari dan wang. Tidak seperti versi konsol lain, permainan ini tidak mempunyai aturcara multipemain.[86][87]

Rujukan

WikiPedia: Plants vs. Zombies (permainan video) http://www.next-gen.biz/features/flower-defence http://www.next-gen.biz/features/flower-defence?pa... http://www.1up.com/do/newsStory?cId=3177955 http://www.1up.com/reviews/plants-vs-zombies http://appworld.blackberry.com/webstore/content/70... http://www.computerandvideogames.com/272672/golden... http://www.edge-online.com/reviews/review-plants-v... http://www.escapistmagazine.com/news/view/103702-P... http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?st... http://www.gamasutra.com/view/news/342128/Take_a_l...